Pages

Ads 468x60px

.

UBF

20 PERKARA (KEISTIMEWAAN DAN AUTONOMI SABAH DALAM MALAYSIA)

1. Agama-
Tiada bantahan terhadap Islam sebagai agama rasmi di Malaysia dan pada yang sama peruntukan berhubung Islam mengikut perlembagaan Malaysia hendaklah tidak merangkumi Borneo Utara

2.Bahasa
Bahasa Melayu menjadi Bahasa Kebangsaan Persekutuan dan Borneo Utara dibenarkan menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi tanpa tempoh.

3. Perlembagaan
Perlembagaan Malaya diterima sebagai asas Perlembagaan Malaysia dan hendaklah menjadi dokumen antara negeri dan bukan berbentuk beberapa siri pindaan yang dipersetujui dalam keadaan yang berlainan sama sekali.

4. Ketua Perseketuan
Ketua Borneo Utara tidak boleh menjadi Ketua Negara Persekutuan

5. Nama Persekutuan
 *Malaysia*


6. Imigresen
Kemasukan ke Borneo Utara perlu mendapat kelulusan Kerajaan Negeri. Borneo utara hendaklah mempunyai kuasa yang tidak terbatas bagi mengawal pergerakan orang-orang dari kawasan lain di Malaysia ke dalam Borneo Utara kecuali yang bekerja dengan kerajaan Persekutuan di Borneo Utara.

7. Hak Pemisah
Tiada hak untuk berpisah dari Persekutuan

8. Borneosasi
Pengambilalihan perkhidmatan awam oleh rakyat Borneo Utara hendaklah dilaksanakan dengan secepat mungkin.

9. Pegawai British
Kekal dalam perkhidmatan awam sehingga tempat mereka diambil oleh orang yang layak.

10. Kewarganegaraan
Berdasarkan saranan dalam perenggan 148(k) Laporan Cobbold dengan beberapa pindaan.

11. Tarif dan Kewangan
Borneo Utara berhak mengawal kewangan tabungan, pembangunan dan tarifnya sendiri.

12. Kedudukan Kaum Peribumi
Kaum Peribumi hendaklah menikmati keistimewaan seperti yang dinikmati oleh kaum Melayu.

13. Kerajaan Negeri
Ketua Menteri dipilih dari anggota Majlis Perundangan dan mewujudkan sistem kementerian.

14. Tempoh Peralihan
Hendaklah diserahkan kepada Borneo Utara oleh Perlembagaan.

15. Pelajaran
Sistem pendidikan hendaklah dikekalkan dan diserahkan dibawah kuasa Kerajaan Negeri.

16. Perlindungan Perlembagaan
Kerajaan Pusat tidak boleh meminda atau menarik balik mana-mana perlindungan khas tanpa persetujuan kerajaan Borneo Utara. Kuasa meminda perlembagaan Borneo Utara adalah hak mutlak Negeri


17. Komposisi Parlimen
Mengambil kira jumlah penduduk, saiz dan potensi (tidak kurang daripada Singapura)

18.Gelaran Ketua Borneo Utara
Yang Di Pertua Negara


19. Nama Negeri
SABAH


20. Tanah, Hutan, Kerajaan Tempatan dan Lain-lain.
Semua peruntukan dalam perlembagaan Persekutuan berhubung kuasa Majlis Tanah Negara dan Kerajaan Tempatan tidak harus merangkumi Borneo Utara.

0 comments: