Pages

Ads 468x60px

.

UBF

Featured Posts

UNITED BORNEO FRONT


Perjuangan Kita, Masa Depan Kita, Takdir kita

UNITED BORNEO BERSATU (UBF) atau Barisan Borneo Bersatu adalah Organisasi Bukan Kerajaan (NGO) yang ditubuhkan pada 16 Disember 2010, berjuang menuntut pengembalian hak-hak rakyat Sabah dan Sarawak, syarat serta jaminan yang tidak ditunaikan semasa Pembentukan Malaysia melalui Laporan Jawatankuasa Antara-Kerajaan (JAK) 1963 yang ditandatangani di London.

UBF telah menggariskan senarai tuntutan dalam satu agenda yang disebut Agenda Borneo. Agenda Borneo dijadikan teras perjuangan rakyat Sabah Sarawak kerana inilah yang menjadi keperluan bahkan menjadi satu jaminan masa depan untuk rakyat dan generasi akan datang.

UBF tidak memihak kepada mana-mana kumpulan politik tetapi mengambil iktibar dari keputusan Pilihanraya PRU12 dimana ternyata Sabah dan Sarawak mempunyai peluang untuk menentukan kerajaan yang memerintah PUTRAJAYA. Peluang yang terlepas ini muncul lagi dalam Pilihan Raya 13 dan mungkin peluang terakhir untuk Rakyat Sabah menentukan pemerintah Putrajaya yang benar-benar memenuhi aspirasi Agenda Borneo.

KALAU BUKAN KITA SIAPA LAGI
KALAU BUKAN SEKARANG BILA LAGI

PERJUANGAN MENUNTUT HAK DEMI MASA DEPAN GENERASI KITA

KONSEP PERJUANGAN UBF

UBF merupakan gerakan kumpulan pendesak dan hak-hak sivil dan akan bergabung dengan mana-mana organisasi, Parti politik dan individu yang setuju dengan perjuangan UBF.

FUNGSI
Memperkasakan rakyat Borneo melalui kesedaran terhadap sejarah, politik, hak-hak tanggungjawab dan menanam semangat perjuangan untuk keadilan.

VISI
Sabah Sarawak (Borneo) bebas berautonomi politik, demokrasi dan mempunyai ekonomi yang progresif.

MISI
Menghapuskan corak pemerintahan ala penjajah dan mengembalikan hak istimewa dan status Sabah Sarawak sebagai rakan kongsi yang sama taraf dalam Persekutuan Malaysia.

MATLAMAT UTAMA
Mempastikan Perjanjian Malaysia termasuk 20/18 Perkara, Syarat, jaminan dan kenyataan Tunku Abdul Rahman, kandungan laporan IGC dan Suruhanjaya Cobbold dihormati dan dilaksana seperti yang dijelaskan dalam Perkara 8, Perjanjian Malaysia 1963.


MENUNTUT HAK YANG DIJANJIKAN ITU
BUKANLAH MEMBANGKANG

AGENDA PERTAMA

AGENDA 1
Menuntut supaya Kerajaan Persekutuan mewujudkan 'Mekanisma Pelaksana' untuk menyusuli pematuhan Perjanjian Malaysia 1963 serta memulihkan status Sabah Sarawak sebagai rakan kongsi, setaraf dengan Malaya..
  • Keluasan Perlis 812km persegi, Pitas 1419km persegi, tetapi Perlis ada Raja, Menteri Besar, 15 orang Adun dan 3 orang Ahli Parlimen. Pitas hanya ada 1 orang Adun dan berkongsi Ahli Parlimen dengan DUN lain. Dari segi peruntukan YB, Perlis dapat RM20 juta setahun, Pitas hanya dapat sekitar RM700 000 sahaja.

AGENDA KE 2

AGENDA 2
Menuntut supaya satu formula untuk agihan yang adil dalam aspek hasil cukai, minyak dan perjawatan.

  • Sabah hanya dapat 5% daripada hasil minyak di Sabah. Secara matematiknya, negeri-negeri lain yang tidak ada minyak menikmati 9.5% hasil minyak dari Sabah.
  • Hampir 80% jawatan pengarah agensi persekutuan di Sabah disandang dari Semenanjung.
  • Sebanyak 66,597 jawatan agensi persekutuan di Sabah. 51,879 (78%) di isi dari Semenanjung. Ini menyebabkan kadar pengangguran rakyat Sabah tertinggi di Malaysia (63%). Kemanakah hala tuju rakyat Sabah yang masih sedang belajar sekarang.

AGENDA KE 3

AGENDA 3
Menuntut supaya Dasar Kabotaj (Dasar Perkapalan) dimansuhkan. Dasar ini menyebabkan impak negatif terhadap ekonomi Sabah sejak 1hb Jan 1980


  • Melalui dasar ini, semua kapal kontena membawa barangan import dari luar negara mesti berlabuh di Pelabuhan Klang dan membayar cukai.
  • Kesannya, tempoh masa penghantaran barang yang lama, harga barangan di Sabah menjadi mahal, industri perkilangan lembab dan hampir semua hasil mentah dari Sabah terpaksa dihantar ke Semenanjung untuk diproses.
  • Fikirkan!! kenapa harga minyak masak di Sabah mahal berbanding Semenanjung sedangkan Sabah pengeluar sawit utama di Malaysia.
  • Fikirkan!! Rakyat Sabah menoreh dan menjual getah kepada LIGS. LIGS memproses dalam bentuk SMR dan dihantar ke Semenanjung diproses menjadi sarung tangan dan rakyat Sabah pula akan beli balik.

AGENDA KE 4

AGENDA 4
Menuntut supaya hak-hak peribumi Sabah Sarawak dihormati dan kekal seperti yang termaktub dalam perjanjian dan Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.


  • Hampir semua aspek dalam pentadbiran Malaysia mengabaikan hak dan peluang orang asal Sabah Sarawak. Contohnya, menafikan hak pemilikan tanah yang diwarisi turun temurun dan memberikan keistimewaan kepada syarikat-syarikat yang mendapat konsesi khas.
  • Peluang dalam konteks pendidikan terutama dalam kursus-kursus kompetitif di IPTA, biasiswa, kerjaya yang sangat tipis (hanya sekitar 5-10%)

AGENDA KE 5

AGENDA 5
Menuntut supaya fokus pembangunan ditumpukan kepada Sabah dan Sarawak disamping mengurangkan jurang ekonomi dan digital antara dua wilayah.


  • Data kemiskinan tegar dari EPU masih meletakkan Sabah paling ramai miskin tegar di Malaysia. Laporan 11hb November 2011 turut meletakkan Sabah termiskin di Malaysia. Ini membuktikan Sabah harus diberi keutamaan dalam pengagihan peruntukan pembangunan. RM9, Sabah hanya mendapat 8.5% daripada RM200 Bilion. RMK10 Sabah diberi 4.3% daripada RM109 Bilion.
  • Sepanjang 21300km jalan raya di semenanjung telah diturap dengan kualiti yang terbaik, sehingga 12 lorong dan bertingkat-tingkat. Di Sabah baru 3000km jalan yang diaspal dengan kualiti ala kadar, hanya beberapa minggu sudah hancur!!
  • Royalti minyak Sabah telah membantu KL membina Menara Berkembar Petronas, Lapangan Terbang KL, Litar Formula One, Putrajaya, membeli 110 kapal kontena MISC, Universiti Teknologi Petronas dan membiayai hampir 30 000 pelajar semenanjung dalam biasiswa Petronas.
  • Pada tahun 2010 sahaja, Sabah hantar sebanyak RM18 Bilion (cukai) dan royalti minyak RM 13.7 bilion. ini bermakna untuk tahun 2010 sahaja, Sabah telah menghantar wang ke KL sebanyak RM 31.7 Bilion. Secara puratanya Sabah menghantar wang ke KL setiap tahun tidak kurang daripada RM25 Bilion (Ruj-1 bilion=1000 juta).
  • Sabah pengeluar utama minyak, kelapa sawit, getah, koko malah kayu balak tetapi masih menjadi negeri paling miskin di Malaysia?

AGENDA KE 6

AGENDA 6
Menuntut supaya masalah PTI, Projek IC diselesaikan secara tuntas dan integriti sempadan Sabah Sarawak diperketatkan, termasuklah hukuman yang berat ke atas mereka yang memberikan status warganegara kepada pendatang tanpa izin.


  • Penduduk Sabah sekarang berjumlah 3.23 juta dan daripada jumlah itu, 1.7 juta adalah pendatang tanpa izin (PTI). Jumlah PTI sudah mengatasi penduduk tempatan yang hanya berjumlah 1.5 juta
  • Bagaimana mereka masuk dengan mudah?? Siapa yang memberikan mereka petempatan? Siapa yang memberikan mereka status warganegara? Siapa yang mendaftarkan mereka menjadi pengundi?
  • Data 1963, tidak wujud Bangsa Melayu di Sabah tetapi pada tahun 1970 Melayu berjumlah 18.362 dan tahun 2000 berjumlah 303,500 (Kenaikan 1552%). Popilasi mereka naik mendadak mengatasi populasi kaum Bajau, Iranun dan KadazanDusun.
  • Sudah menjadi Pengetahuan Umum bahawa memang wujud PROJEK IC yang didalangi oleh beberapa pemimpin UMNO, namun mereka terus menafikan.
  • Kini masalah PTI sudah semakin kronik!! Jumlah mereka bukan sahaja mengatasi penduduk tempatan malah diberi status kewarganegaraan dan mengundi!!
  • Sedar atau tidak, percaya atau tidak, mahu atau tidak!! Kita bakal menjadi minoriti dan pelarian di bumi Sabah. 

AGENDA KE 7

AGENDA 7
Menuntut supaya kajian semula terhadap kehadiran dan peranan agensi-agensi Persekutuan di Sabah Sarawak, Bahkan syarikat-syarikat dari Semenanjung yang mendapat konsesi tanah di Sabah

  • Sabah memiliki kementerian dan jabatan. Sedarkah kita bahawa fungsi setiap kementerian dan jabatan ini semakin dihakis dengan kementerian pelbagai agensi persekutuan dari Kuala Lumpur. Contohnya Felda, Risda, Felcra, LKIM, LIGM dan banyak lagi.  
  • Hampir 1.4 juta hektar tanah Sabah ditanam dengan kelapa sawit yang mana 80% adalah milik syarikat dari Kuala Lumpur , Felda, IJM,IOI, Le Meredien dan banyak lagi
  • Beberapa syarikat dari KL seperti TH turut mendapat konsesi dalam Forest Plantation (Penghutanan Semula) untuk satu jangka masa yang sangan lama (Mencecah 100 tahun)
  • Tanah dan hutan Sabah yang merupakan sumber asasi rakyat Sabah kini menjadi sumber kekayaan syarikat-syarikat dari KL. Penguasaan dan pemilikan dari KL terhadap sumber Sabah perlu dihentikan.

TUJUH AGENDA BORNEO

AGENDA 1
Menuntut supaya Kerajaan Persekutuan mewujudkan 'Mekanisma Pelaksana' untuk menyusuli pematuhan Perjanjian Malaysia 1963 serta memulihkan status Sabah Sarawak sebagai rakan kongsi, setaraf dengan Malaya..


AGENDA 2
Menuntut supaya satu formula untuk agihan yang adil dalam aspek hasil cukai, minyak dan perjawatan.

AGENDA 3
Menuntut supaya Dasar Kabotaj (Dasar Perkapalan) dimansuhkan. Dasar ini menyebabkan impak negatif terhadap ekonomi Sabah sejak 1hb Jan 1980


AGENDA 4
Menuntut supaya hak-hak peribumi Sabah Sarawak dihormati dan kekal seperti yang termaktub dalam perjanjian dan Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.

AGENDA 5
Menuntut supaya fokus pembangunan ditumpukan kepada Sabah dan Sarawak disamping mengurangkan jurang ekonomi dan digital antara dua wilayah.

AGENDA 6
Menuntut supaya masalah PTI, Projek IC diselesaikan secara tuntas dan integriti sempadan Sabah Sarawak diperketatkan, termasuklah hukuman yang berat ke atas mereka yang memberikan status warganegara kepada pendatang tanpa izin.

AGENDA 7
Menuntut supaya kajian semula terhadap kehadiran dan peranan agensi-agensi Persekutuan di Sabah Sarawak , Bahkan syarikat-syarikat dari Semenanjung yang mendapat konsesi tanah di Sabah